Pages

PILIHAN RAYA KECIL P94 HULU SELANGOR

Khalid Ibrahim terus berkhayal......

PKR telah pun menggerakkan kempen mereka di Hulu Selangor. Anwar Ibrahim mula berkempen untuk mengambil hati 15% orang India di Hulu Selangor dengan mengatakan Najib Razak mengamalkan 2 Malaysia... satu untuk golongan kaya dan satu lagi mendiskriminasikan golongan miskin terutama kaum India.

Dalam ceramah 'Selamatkan Malaysia' di Stadium Kuala Kubu Bharu, Najib dipersalahkan kerana gagal meningkatkan taraf kehidupan kaum India. Malah, untuk menaikkan emosi kaum India di kawasan tersebut, Anwar Ibrahim sengaja menyebut nama Kugan yang didakwanya mati akibat kekejaman polis, sekalipun Kugan terlibat dalam kes jenayah dan sedang disiasat kerana terbabit dalam kes mencuri kereta mewah.

Khalid Ibrahim pula dengan MUKA SLAMBER memberitahu Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin olehnya telah melakukan banyak perubahan dan telah melaksanakan semua janji pilihanraya mereka semenjak mengambilalih pentadbiran negeri itu dari Barisan Nasional. Berbangga dengan DATA-DATA KHAYALAN, Khalid Ibrahim mengingatkan 5000 orang (berdasarkan laporan Malaysiakini) yang menghadiri ceramah tersebut agar kekal memilih Pakatan Rakyat.

Saksikan Keyakinan Saiful Bukhari......

Kisah Exco Kerajaan Selangor yang amat lemah....

MENGHABISKAN peruntukan satu tahun dalam tempoh enam bulan, memang suatu pencapaian yang luar biasa!


Malangnya, dalam kes Exco Negeri Selangor, Ronnie Liu, ia satu pencapaian yang tidak boleh dibanggakan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran itu menghabiskan peruntukan tahunan kira-kira RM600,000 – meninggalkan baki hanya RM611.89 untuk tempoh Julai hingga Disember 2009.


Kita tertanya-tanya bagaimana agaknya beliau berfungsi sebagai wakil rakyat di kawasannya dalam tempoh itu?


Apa helahnya melayan permohonan bantuan yang datang sepanjang enam bulan terakhir 2009?


Kita tahu dalam tempoh itu ada perayaan Deepavali, bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri serta sambutan Krismas. Belum dikira persiapan menjelang sesi persekolahan awal tahun yang tentu sahaja melibatkan para pengundi beliau di Pandamaran.


Dalam hal ini, walaupun Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sudah memanggil dan menegur Ronnie atas kelemahannya mengurus peruntukan kewangan, tidak bermakna ‘kelemahan’ itu boleh dilupakan begitu sahaja.

Khalid Ibrahim kalah bertanding Ketua Cawangan ???

" Ilmu Khalid amat cetek lagi dlm politik..dulu dlm UMNO pun dia bertanding Ketua Cawangan UMNO pun kalah terukkkkk.

Dengar kata..Jawatan Ketua Bahagian PKR K.Selangor pun Pak Chad bagi laluan sebab dia org pilihan DSAI.

PKR Bhgn K.Selangor pun x terbela..mcmn nk jaga negeri Selangor.

Dengar cite mesyuarat PKR negeri pun dia selalu tuasng sebab dia tau dia lemah dan ketua2 Bhgn x minat dia.

Mereka lebih minat kalau Azmin Ali jd MB S'gor...."

 Itulah komen di dalam petikan Khalid lemah tangani kemelut lantikan ahli Majlis yang memuatkan surat-surat kekecewaan dari pihak AMK..

Calon PR di PRK Hulu Selangor: Mat Sabu atau Zaid Ibrahim ???

Belum pun dikebumikan.... Blogger PR sudah mula mencongak dan berdebat tentang calon terbaik untuk P94 Hulu Selangor. Ada antara mereka mencadangkan Mat Sabu dari PAS dan ada juga mencadangkan Zaid Ibrahim dari PKR....

Berikut komen-komen daripada mereka...

 "Tentang calon PAS tu aku setuju, tapi calon PKR tu aku tak berapa setuju, bukan aku tak suka dia, cuma dia tak sepopular abang Mat Sabu, lepas dia orang pantai Timur."

"DUA-DUA AKU TAK SETUJU....

AKU PILH UST BADRUL AMIN.....

LEPAS NI UST BADRUL AMIN JADI PRESIDEN PKR...."

"letaklah calon anak tempatan bagilah anak tempatan peluang utk berkhidmat pada kampung sendiri. ustaz badrul amin bagus tapi beliau sukar menang dikawasan kubu umno spt sabak bernam atau hulu selangor... mat sabu atau zaid bagus dan boleh dipertimbangkan tapi mereka bukan anak tempatan.."

"Apalah...Pakatan pun sama gak ngn BN...pantang orang meninggal dah tu ada PRK.. bukan main cepat lagi...

rilek ar..orang baru meninggal..famili sedih lagi..korang dah cite pasal PRK... adodoi..
apa2 pun..biar PKR yang lawan..tak yah letak zaid ibrahim lah..letak orang selangor gak..selagor ni boleh tahan gak patriot die tu.. ahahaha"

Dua-dua calon tu "orang besar PR" mereka yang ketagihan title YB di Parlimen.....

LEMAH: Tanah anak yatim ditukar jadi kubur cina di Selangor ?

Tu dia.....Dah nampak dah apa yang si Khalid GAGAP MB Selangor ni dok buat untuk menjahanamkan Selangor dan Rakyat nya. Jahanam Khalid Gagap, hang ni memang BARUA Tahap BANJINGAN!!!

Dokumen yang di keluarkan oleh rakan Blogger jalanan GAP dan DET ini telah menjelaskan bahawa perancangan sebenar Khalid GAGAP ini dan Firaun Firaun dalam Kerajaan Pakatan Selangor. Perancangan yang pastinya telah menjadikan sebab utama mengapa Tanah Umat Islam untuk anak anak Yatim telah di RAMPAS oleh Khalid Gagap dan pimpinan Kerajaan Selangor.

Rupa rupanya Tanah YBK tersebut yang di RAMPAS itu telah di pohon oleh kerajaan Khalid Gagap untuk di tukar status nya daripada tanah perumahan kepada Tanah Perkuburan Cina. DASYAT Khalid Gagap ni....tapi helah Khalid Gagap yang merampas Tanah YBK itu telah berjaya di dedahkan oleh Blogger Jalanan...Hu hu hu.



Sumber asal dan bukti surat di Papa Gomo

Lemah: MB Selangor makin hilang sokongan

Seperti biasa....... taktik Khalid Gagap sama seperti YB PKR yang lain apabila mahu menutup kelemahan sendiri, dituduh orang lain kecewa kerana tidak dapat projek atau sebagainya. Perenggan terakhir berita di bawah juga menunjukkan bahawa Khalid Gagap memang makin hilang sokongan....
Anggota PKR Kuala Selangor Terkilan Dakwaan MB Selangor

KUALA SELANGOR, 16 Mac (Bernama) -- Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor, Mazli Saring, berkata beliau dan beberapa anggota parti itu terkilan dengan dakwaan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya mereka memulaukan mesyuarat agung tahunan Parti Keadilan Rakyat bahagian Kuala Selangor Ahad lepas kerana tidak diberikan habuan.

"Dakwaan itu sangat mengguris hati kami kerana kami tidak pernah pohon tanah walau seinci pun," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.

MB Selangor lemah 2

Poodaahh...! dulu kononnya Khalid gagap nak dedahkan penyelewengan dan salahguna YBK. Masa tuh bulan Januari tapi dah masuk bulan Mac satu haram pendedahan langsung tara. Yang kena dedah seluar dalam PKR dan Anwar Ibrahim oleh Zahrain dan Zul Kulim. Kena tahu kenapa Khalid enggan dedah, silap-silap dia yang terdedah. Jenis perangai sama macam Anwar. Sembang lebih habuk pun tara.

Mykmu pernah keluaq cerita ini. Klik

  1. Khalid telah menyalahguna kuasa sebagai Menteri Besar dan Ketua Eksekutif kerajaan Selangor memaksa sebuah NGO sukarelawan terima dirinya sebagai Pengerusi YBK.
  2. Dia tidak berhemah dalam menggunakan kuasa sebagai MB untuk menyelesaikan masaalah seperti cukai tertunggak tapi mencari kesempatan untuk ambilalih tanah yang kini sah kepunyaan YBK.
  3. Segala pertuduhan yang dibuat Khalid tidak ada asas dan bukti tapi hanya semata-mata fitnah politik tanpa ada batasan.
  4. Melakukan criminal defamation terhadap sebuah entiti sah.
  5. Menafikan penuntut tempat untuk melanjutkan pelajaran, penduduk setempat manafaat ekonomi, peniaga dan ahli perniagaan peluang ekonomi dan diakui sendiri rakyat jadi mangsa salahlakunya.
Masa nie lah nak sahkan penyakit gagap Khalid makin menular.

Sumber: garamanis

MB Selangor lemah...

TAHNIAH KEPADA BOS BESAR YBK DATO ZAINAL SAKOM DAN SELURUH KAKITANGAN YBK..ANDA TELAH MEMBUKTIKAN KEJANTANAN ANDA !

kalid gagap merupakan orang melayu. ramai adun pas dan pkr adalah melayu. tapi mereka ni jenis melayu yang busuk hati sanggup kacau rezeki anak yatim kerana tunduk sujud kepada kafir si ronie dan xavier.

bala datang bertimpa kat kalid gagap. seluruh adun pakatan selangor yang berbangsa melayu lebih prefer untuk mendiamkan diri. taknak bersuara demi nak kekalkan undi, walaupun maruah dan bodi digadai dilacor berkali kali.

baca seterusnya di sini untuk dapatkan maklumat lengkap tentang saman rm73.3 juta itu

Apa janji Anwar untuk Puad Zarkashi..


Fakta P94 Parlimen Hulu Selangor


Sumber: Malaysiakini