Pages


PILIHAN RAYA KECIL P94 HULU SELANGOR

Khalid Ibrahim terus berkhayal......

PKR telah pun menggerakkan kempen mereka di Hulu Selangor. Anwar Ibrahim mula berkempen untuk mengambil hati 15% orang India di Hulu Selangor dengan mengatakan Najib Razak mengamalkan 2 Malaysia... satu untuk golongan kaya dan satu lagi mendiskriminasikan golongan miskin terutama kaum India.

Dalam ceramah 'Selamatkan Malaysia' di Stadium Kuala Kubu Bharu, Najib dipersalahkan kerana gagal meningkatkan taraf kehidupan kaum India. Malah, untuk menaikkan emosi kaum India di kawasan tersebut, Anwar Ibrahim sengaja menyebut nama Kugan yang didakwanya mati akibat kekejaman polis, sekalipun Kugan terlibat dalam kes jenayah dan sedang disiasat kerana terbabit dalam kes mencuri kereta mewah.

Khalid Ibrahim pula dengan MUKA SLAMBER memberitahu Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin olehnya telah melakukan banyak perubahan dan telah melaksanakan semua janji pilihanraya mereka semenjak mengambilalih pentadbiran negeri itu dari Barisan Nasional. Berbangga dengan DATA-DATA KHAYALAN, Khalid Ibrahim mengingatkan 5000 orang (berdasarkan laporan Malaysiakini) yang menghadiri ceramah tersebut agar kekal memilih Pakatan Rakyat.

Tian Chua pula menceramahkan tentang persamaan dan keadilan. Menurutnya, PKR dan Pakatan Rakyat tidak membezakan sama ada orang yang dibela itu adalah Cina atau Melayu atau India. Semuanya dilayan sama. Walau bagaimanapun, Tian Chua tidak menyentuh langsung tentang sikap berpilih-pilih yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat terhadap seorang pelajar yang dilanggar sehingga koma oleh ADUN Sekinchan dan tidak mendapat sebarang pembelaan berbanding Kugan yang mati di dalam lokap serta Teo Beng Hock yang mati selepas bertengkar dengan salah seorang orang DAP di Wisma Masalam yang menempatkan pejabat SPRM. Teo Beng Hock adalah saksi SPRM dalam siasatan ke atas penyelewengan dana rakyat oleh DAP serta dua orang Exco Selangor dari parti tersebut.

Paling menarik, Tian Chua tidak pula menyebut tentang BETAPA TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUHNYA DIA untuk membela penduduk perumahan pangsa Sentul yang mengalami kesukaran akibat lif rosak dan hanya muncul setelah masalah tersebut diselesaikan oleh T.Murugiah dalam sebuah majlis bersama penduduk dan DBKL serta wakil pemaju.

Itu baru janji dari Pakatan Rakyat... janji daripada BN belum lagi...

Yang sohehnya, penduduk Hulu Selangor akan kenyang dengan pelbagai janji selepas ini. Yang sudah tentu-tentu ialah, penduduk Hulu Selangor hilang peluang untuk melihat kampus UiTM di Hulu Selangor yang dirancang untuk dibangunkan di atas tanah YBK kerana tanah tersebut dirampas oleh kerajaan Pakatan Rakyat dengan cara yang sangat licik dan zalim.
 
Nukilan: The Flying Kick

No comments:

Post a Comment