Pages


PILIHAN RAYA KECIL P94 HULU SELANGOR

Lemah: MB Selangor makin hilang sokongan

Seperti biasa....... taktik Khalid Gagap sama seperti YB PKR yang lain apabila mahu menutup kelemahan sendiri, dituduh orang lain kecewa kerana tidak dapat projek atau sebagainya. Perenggan terakhir berita di bawah juga menunjukkan bahawa Khalid Gagap memang makin hilang sokongan....
Anggota PKR Kuala Selangor Terkilan Dakwaan MB Selangor

KUALA SELANGOR, 16 Mac (Bernama) -- Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor, Mazli Saring, berkata beliau dan beberapa anggota parti itu terkilan dengan dakwaan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya mereka memulaukan mesyuarat agung tahunan Parti Keadilan Rakyat bahagian Kuala Selangor Ahad lepas kerana tidak diberikan habuan.

"Dakwaan itu sangat mengguris hati kami kerana kami tidak pernah pohon tanah walau seinci pun," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.


Ahad lepas, Khalid yang juga Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor, dilaporkan berkata bahawa kumpulan yang bertindak meninggalkan mesyuarat itu adalah mereka yang tidak mendapat sebarang habuan seperti tanah dan projek daripada beliau.


Mazli menyifatkan kenyataan Khalid itu sebagai fitnah dan bertujuan mengelirukan rakyat.

Katanya tindakan mereka meninggalkan mesyuarat itu adalah kerana ia tidak sah disebabkan tiada notis pemberitahuan yang sewajarnya diberikan manakala penyata tahunan yang dibentang tidak mengikut peraturan.

Mengenai kenyataan Setiausaha PKR Selangor Hamidi Hassan hari ini bahawa tiada anggota PKR yang meninggalkan mesyuarat agung itu, Mazli berkata kenyataan itu seolah-olah cuba menutup kelemahan kepimpinan di Kuala Selangor ekoran peletakan jawatan 13 anggota jawatankuasa bahagian itu pada 20 Jan lepas.

Ditanya kemungkinan beliau dan anggota parti yang memulaukan mesyuarat agung tahunan itu akan bertindak keluar parti, Mazli berkata mereka tidak akan berbuat demikian kerana berpendapat PKR adalah parti yang terbaik untuk rakyat.

"Kami telah berjuang dengan PKR sejak dari awal penubuhannya dan bukan kerana kami kecewa dengan Umno baru kami masuk PKR. Kami cuma nak perbetulkan parti ini, dan kepimpinan sepatutnya mendengar suara kami di akar umbi. Kami tidak ada niat langsung untuk keluar dari parti," katanya.

Bekas Ketua Penerangan PKR Kuala Selangor Ibrahim Mahidin berkata tindakan mereka mempersoalkan perjalanan mesyuarat agung tahunan itu adalah kerana ingin menegur kepimpinan parti supaya tidak mengulangi kesilapan mereka.

"Kami tidak mahu PKR cabang lain menjadikan kami sebagai contoh kerana menjalankan mesyuarat tanpa mengikut perlembagaan parti. Janganlah labelkan kami ada kepentingan kerana kami sayangkan parti.

"Sokongan kepada Menteri Besar bergantung kepada sokongan akar umbi. Sokongan semakin lama semakin cair dan justeru kita sepatutnya perkukuhkan parti. Kalau akar seperti kami tidak dimanfaat sebaiknya, akhirnya pasti akan menjadi macam situasi sekarang di mana beberapa Anggota Parlimen PKR telah keluar parti," katanya.

Sumber: Selangor Wave

No comments:

Post a Comment