Dalam ceramah 'Selamatkan Malaysia' di Stadium Kuala Kubu Bharu, Najib dipersalahkan kerana gagal meningkatkan taraf kehidupan kaum India. Malah, untuk menaikkan emosi kaum India di kawasan tersebut, Anwar Ibrahim sengaja menyebut nama Kugan yang didakwanya mati akibat kekejaman polis, sekalipun Kugan terlibat dalam kes jenayah dan sedang disiasat kerana terbabit dalam kes mencuri kereta mewah.
Khalid Ibrahim pula dengan MUKA SLAMBER memberitahu Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin olehnya telah melakukan banyak perubahan dan telah melaksanakan semua janji pilihanraya mereka semenjak mengambilalih pentadbiran negeri itu dari Barisan Nasional. Berbangga dengan DATA-DATA KHAYALAN, Khalid Ibrahim mengingatkan 5000 orang (berdasarkan laporan Malaysiakini) yang menghadiri ceramah tersebut agar kekal memilih Pakatan Rakyat.